Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni
Tidakkah engkau lihat bahawa mala mini
Bila telah sempurna kegelapannya
Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya
Seorang
penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah
bersumpahdemi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda
inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia
juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka
pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak
pernah tercapai.
Jika
anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian
dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa
hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah
diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan
memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam,
baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah
sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya
mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada
kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang
pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda
bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.
Allah SWT berfirman:
“Adakah
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum
didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa
kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang
yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” .
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah
Al-Baqarah: Ayat 214)
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)