Tuesday 20 March 2012

Wanita...



Assalammualaikum ,.......Entry malam ni tentang Wanita... :) 






Teman hidup di dunia dan di syurga.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” -(an-Nur:26).
Ini janji Allah dalam menentukan pasangan hidup untuk hamba-hambaNya. Perkahwinan merupakan satu wadah dalam menyempurnakan separuh daripada agama kita, dan sudah pasti kita mengharapkan pasangan hidup yang membantu dan bersama kita untuk menyempurnakannya sebelum bertemu Allah dan meneruskan kehidupan di syurga kelak. Impian yang besar ini tidak mungkin akan menjadi realiti tanpa apa-apa persediaan.
Jadi, layakkah kita ditemani oleh seorang hamba Allah yang soleh tanpa ada usaha dalam membaiki atau ‘mensolehahkan’  diri sendiri?


Nasab yang suci dan aset di akhirat kelak.
Anak-anak yang soleh dan solehah impian setiap ibu bapa. Hasilnya dari didikan seorang ibu dan ayah yang mampu untuk ‘mensolehah’ atau ‘mensolehkan’ diri mereka terlebih dahulu. Mereka yang akan meneruskan usaha kita dalam perjuangkan agama ini dan menjadi aset yang penting buat ummah. Oleh itu, ini adalah salah satu sumbangan yang berterusan bagi mencapai kemenangan Islam. Selain itu, kesungguhan anak-anak dalam menegakkan Islam dan doa dari merekalah yang menjadi penyelamat untuk kita di akhirat kelak. Inilah keuntungan besar yang kita akan perolehi dari usaha untuk membaiki diri dan istiqamah dengannya.


Bidadari syurga dan mulia kedudukannya.
Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke dalam syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari syurga. Inilah cita-cita tertinggi kita. Ukhti, mana mungkin dalam proses untuk menjadi wanita solehah yang dijanjikan dengan nikmat dan ganjaran  terbesar  ini kita tidak diuji dan diduga. Walaubagaimanapun, Allah menguji  hambaNya mengikut kemampuan. Semoga kita terus kuat!
“Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu’. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah…”
Wallahu a’lam.


Dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada  Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah). 

“Semoga saya dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.“




Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.