Wednesday, 11 April 2012

APA ITU AMALAN DAN USAHA TAQWA?



Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan per­kataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.
Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak ber­taqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.
Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan mening­galkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauh­kan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat mening­galkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata­mata.
Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat ke­selamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.
Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauh­kan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.
TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara.Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hen­daklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu  hen­daklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari ke­jahatan.
Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan per­kara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, ber­kasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan se­bagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah­istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitumenyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkat­nya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam peme­liharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak me­libatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.
ASAS TAQWA
Asas taqwa yang lahir bermula dari aqidah yang betul diikuti dengan sembahyang, puasa, zakat dan naik haji. Itu adalah asas taqwa. Kalau asas taqwa ini tidak ada ertinya kita tidak ada benih untuk ditanam. Kalau tidak ada benih, masakan akan ada pokoknya. Amalan-amalan yang lain adalah sebagai tambahan.
Asas taqwa yang batin ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Di antaranya rasa serba-serbi dhaif, lemah, hina, lalai dan leka di sisi Allah SWT. Rasa diri benar-benar dimiliki oleh Allah. Rasa diri tidak punya apa-apa.
Diri yang rasa lemah itu sangat merasakan ianya terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya dan tidak mampu berbuat apa-apa. Rasa kehambaan yang mendalam ini menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan memohon setiap sesuatu itu hanya dari Allah.
CIRI-CIRI TAQWA
Di antara ciri-ciri taqwa adalah:
1.      Ingat dua perkara
2.      Lupa dua perkara
3.      Menyukai apa yang Allah suka
4.      Membenci apa yang Allah benci
1. Ingat Dua Perkara
a. Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak se­timpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda
bersyukur).” (Adh Dhuha: 11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.
b. Kedua: Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan keder­hakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa­dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.
2. Lupa Dua Perkara
a. Pertama: Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kem­balikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang.
Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.
b. Kedua: Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggap­lah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.
Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan, ujian, musibah atau mala-petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.
3. Menyukai Apa Yang Allah Suka
Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak meng­hiburkan Allah. Itu manifestasi dari cinta kita yang menda­lam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi per­timbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.
4. Membenci Apa Yang Allah Benci
Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang men­dalam.
AMALAN TAQWA
Amalan taqwa pula bukan setakat apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih. Bukan juga bersuluk dan beruzlah menjauhkan diri dari orang ramai. Amalan taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid.
Amalan taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan di dalam kehidupan yang berlandaskan syariat sama ada yang fardhu, wajib, sunat atau harus atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya iaitu ada batinnya, penghayatan dan penjiwaannya. Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dengan akal, roh dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu.
Ini termasuklah segala perkara yang berlaku dalam ke­hidupan baik dalam kehidupan seharian, dalam bidang eko­nomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Asalkan apa yang dibuat atau ditinggalkan itu berkait dan kerana Allah maka itulah taqwa. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada nyawa, jiwa atau rohnya. Ia tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
Bercakap boleh jadi taqwa kalau apa yang dicakapkan itu adalah ilmu, nasihat atau perkara-perkara yang baik dan manfaat dan dibuat kerana Allah. Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara yang maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, di samping ibadah lahir, ada banyak ibadah batin atau ibadah yang bersifat rohaniah. Ibadah lahir banyak syarat rukun dan sah batalnya. Tetapi ibadah batin tidak mengira tempat, waktu, masa, suci atau berhadas, haul atau nisabnya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa. Ini termasuklah bertafakur, muhasabah diri, musyahadah, mujahadah, bertaubat, merintih dengan Tuhan, sabar dalam menanggung sakit, ujian, musibah, cacian, kehinaan dan makian orang, menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dan berzikir di hati. Ini se­mua adalah amalan rohani yang boleh menghasilkan taqwa.
ARAHAN SUPAYA BERTAQWA
Allah SWT berfirman:Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah sejauh yang termungkin.” (At Taghabun: 16)
Sejauh yang termungkin di sini bermaksud turun naik nafas mesti dijadikan taqwa. Mendengar, melihat, makan minum, berjalan, berhibur, semuanya mesti dijadikan amalan taqwa. Jangan ada satu hembusan nafas yang tidak jadi taqwa. Jangan ada seulas nasi yang tidak jadi taqwa. Jangan ada satu pen­dengaran atau satu penglihatan yang tidak jadi taqwa. Malahan jangan ada satu apa pun dalam hidup ini yang tidak membawa kepada taqwa. Itulah maksud sejauh yang termungkin dalam mengusahakan taqwa.
BERAMAL UNTUK MENAMBAH TAQWA
Firman Allah SWT:Maksudnya: “Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.” (Al Baqarah: 197)
Di sini Tuhan menyuruh kita supaya sentiasa menambah sifat taqwa. Kerana sifat taqwa ini adalah bekalan kita di Akhirat. Ia juga untuk mendapat bantuan Tuhan di dunia dalam berbagai bentuk. Itulah yang merupakan khawariqul ‘adah. Kalau di zaman Rasulullah SAW dikatakan mukjizat. Kalau bukan di zaman Rasulullah dikatakan keramat atau berkat atau rahmat dari Tuhan.
Seperti yang pernah berlaku dan dipaparkan dalam sejarah, dalam peperangan, umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain lagi contoh yang banyak berlaku di kalangan para Sahabat. Itu di dunia, tetapi yang paling utama ialah di Akhirat.
Tuhan sebut dalam firman-Nya di atas, hendaklah kita sen­tiasa menambah bekalan iaitu sifat taqwa. Kita disuruh mem­bangunkan aset di Akhirat sambil mendapat pertolongan dan bantuan Tuhan di dunia. Menambah sifat taqwa ini mestilah di atas landasan syariat. Yang asas-asasnya ialah sembahyang (solat), puasa, zakat dan naik haji. Itu asas atau tapak untuk menambah taqwa.
Selain yang asas ini, banyak lagi yang lain. Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan perkara-perkara sunat dan hal-hal yang harus. Walaupun asalnya harus, tetapi kalau kita pandai mengikut ilmunya, yang harus pun boleh menam­bah sifat taqwa.
Seperti yang disebut di atas, menambah sifat taqwa mesti di atas landasan syariat. Sebagai contoh yang mudah, yang dapat dilihat oleh mata sebab ia dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti membangunkan ekonomi. Mengapa kita bangunkan ekonomi? Dalam Islam, berekonomi bukan untuk mencari untung, walaupun di situ ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Tetapi kebanyakan orang berniaga dan berekonomi untuk tujuan komersial dan untuk mendapat untung. Itu tidak betul. Untung itu datang sendiri. Jadi sebenar­nya berdasarkan ayat tadi, hendaklah kita berekonomi untuk menambah bekalan dan bekalan di sini ialah sifat taqwa.
Dalam Islam kita berniaga untuk menambahkan lagi sifat taqwa. Berniaga itu ibadah. Ia samalah dengan ibadah-ibadah yang lain seperti sembahyang, hanya ia berbentukumumiah. Kita berkebudayaan, hendak menambah lagi sifat taqwa. Kita bangunkan jemaah, moga-moga dengan jemaah itu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita bangunkan kesihatan, klinik dan sebagainya, moga-moga dari situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita berdakwah, buat perhubungan, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga­moga dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau di­campur-campur banyaklah jumlahnya. Itu semua adalah iba­dah yang boleh mendatangkan taqwa.
Janganlah kita mencari taqwa di atas syariat yang terbatas seperti yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu sahaja. Itu hanya asasnya sahaja. Banyak lagi cabang-cabang dan ranting-rantingnya. Banyak lagi perkara yang boleh dijadi­kan ibadah. Jangan berwirid, berzikir, baca Al Quran dan duduk­duduk di dalam masjid dan di surau sahaja. Sebenarnya seluruh tindakan lahir dan aktiviti kita dalam kehidupan ini walaupun yang harus, itu adalah syariat. Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, hayun kaki, itu semua termasuk syariat. Maka moga-moga dengan mengamalkan seluruh syariat itulah kita akan dapat menambah sifat taqwa. Sifat taqwa banyak di tengah-tengah kehidupan. Bukan di masjid atau di surau sahaja. Membantu orang, bersatu padu, berkasih sayang, menyelesai­kan masalah orang dan berkerjasama, itu semua adalah amalan taqwa.
Kalau benda atau syariat itu dianggap kecil, maka kecillah sifat taqwanya. Kalau dianggap besar, maka besarlah sifat taqwanya. Dari situlah malaikat akan tulis pada kitab amalan kita. Kitab amalan itu akan dibagi kepada kita, digantung di leher di Padang Mahsyar nanti. Setiap orang akan ada catatan amal­nya. Masing-masing akan bawa. Yang tukang baca ialah kita sendiri. Barulah kita faham bahawa menambah sifat taqwa itu adalah di atas segala usaha dan aktiviti kita. Di atas penglihatan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki ke tempat-tempat yang kita pergi. Malahan ia berlaku dalam apa sahaja aktiviti hidup kita. Di situlah kita akan dapat taqwa.
TAQWA ITU BENDA DALAMAN
Kita perlu ingat bahawa benda-benda lahir itu syariat. Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau kulit sahaja yang ada, tidak ada isinya maka ia tidak ada erti apa-apa. Contohnya, kalau kita beli buah, kita hendakkan isinya. Katakan kita beli ubi kayu, tentu ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting ialah isinya. Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi.
Syariat itu adalah rangka. Kalau rangka sahaja yang ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak ada erti apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam, makan bangkai itu haram. Sebab makan satu benda yang asalnya sudah tidak ada nyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing yang sudah tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya, haram hukumnya. Itu sindiran Tuhan.
Kita contohkan dalam ibadah asas, macam sembahyang. Rukuk, sujud dan bacaan-bacaan itu rangka. Kalau hanya badan sahaja yang rukuk, tetapi hati tidak rukuk ertinya kita hanya bawa rangka. Kita hanya bawa rangka yang dalamnya bolong. Kalau badan sahaja yang sujud, hati tidak sujud, ertinya rangka sahaja yang sujud. Sebab itu kadang-kadang dalam meniti di atas syariat pun, dalam melaksanakan ibadah fardhu pun, kita tidak dapat menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa rangka sahaja atau kulit sahaja tetapi tidak membawa roh atau isinya maka ibadah seperti itu tidak akan menambah taqwa.
Taqwa kebanyakannya adalah benda dalaman. Ia bersifat rohaniah, paling tidak ia bersifat maknawiyah. Kalau tidak ada rohaniah, walaupun ibadah cantik, walaupun ia jadi bualan orang sekampung, namun ia hanya bangkai. Sembahyang bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonomi bangkai dan kebudayaan pun bang­kai. Ianya tidak bernyawa dan tidak bernilai di sisi Tuhan. Padahal itu syariat, namun kalau tidak ada rohnya, ia tidak boleh menambah taqwa.
Apa kata orang? Hebat orang ini, hebat Islam orang ini. Ma-cam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariatnya dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu negara kata orang ini hebat, orang ini kuat syariat. Itulah yang kita lihat, tetapi dalamnya kosong, tidak ada isinya. Tuhan berkata ibadah yang dibuat orang itu ialah ibadah bangkai. Manusia lain tidak boleh objek dan tidak boleh komen sebab lahirnya cantik. Tetapi Tuhan pandang yang dalam. Syariat lahir itu dinilai 10% sahaja, yang dalamannya 90%.
Katalah kita hendak membangunkan ekonomi. Tuhan kata bangunkan ekonomi untuk menambah taqwa. Tetapi kita nampak untung. Belum berniaga lagi, di depan kita untung. Mengapa nampak untung bukan taqwa? Sedangkan berniaga bertujuan untuk menambah taqwa. Mengapa kita berniaga hendak menambah untung. Ini salah. Patut kita berniaga niat untuk menambah sifat taqwa. Di setiap perniagaan tambah sedikit sifat taqwa. Kemudian tambah di kebudayaan sedikit, di klinik sedikit, di sekolah sedikit, campur-campur maka banyak­lah jumlahnya.
Jadi sifat taqwa itu banyak berkaitan dengan hal-hal dalam­an. Soal syariat lahir hanya 10%, yang dalaman 90%. Senangkah kita hendak berniaga? Hendak bagi nyawa kepada perniagaan kita supaya ia tidak menjadi minimarket bangkai, supermarket bangkai atauhypermarket bangkai. Bukan senang hendak bagi roh pada perniagaan. Bila dikatakan roh, semua yang terlibat dengan perniagaan tersebut daripada pemimpin-pemimpin­nya, pengurus-pengurusnya, petugas-petugasnya, fikiran dan hati-hati mereka mesti sama dan selari. Semua hati-hati orang yang terlibat mesti berkata bahawa buka kedai itu untuk ber­khidmat, bukan untuk untung. Moga-moga dari situlah kita dapat menarik orang kepada Islam. Kita dapat berkasih sayang. Kita diterima oleh pelanggan-pelanggan, dapat menolong orang, dapat memberi kemudahan-kemudahan kepada orang. Itu rohnya yang bertapak di hati. Kalau itu yang kita maksudkan dan niatkan, rugi pun seronok. Sebab sampai matlamat dan dapat sifat taqwa. Kalau untung, alhamdulillah. Di dunia lagi sudah dapat balasan. Di Akhirat akan dapat balasan lagi. Itu yang sebenar.
MENGUSAHAKAN TAQWA
Mengamalkan Islam yang lahir itu, seperti sembahyang fardhu dan sunat, puasa, zakat, baca Quran, wirid dan zikir, tujuannya supaya kita menjadi orang bertaqwa. Namun kalau kita boleh beribadah seperti itu dua puluh empat jam sehari pun, yang kita akan dapat dari usaha itu hanya 10% sahaja dari nilai taqwa keseluruhannya. Tetapi untuk buat itu pun bukan mudah. Bukan mudah untuk bangun sembahyang malam, berpuasa, berzakat dan bersedekah, baca Quran dan wirid zikir. Untuk mendapat taqwa cara lahir itu pun amat susah.
Perlu diingat, seperti yang diterangkan sebelum ini bahawa 90% usaha taqwa yang tersirat yang bersifat maknawiyah dan rohaniah, itu lagi susah untuk diperolehi. Bukan senang hendak takut dengan Tuhan. Itu soal rohaniah. Ia bersifat rasa. Bukan senang hendak cinta Tuhan. Ia juga soal rohaniah. Lebih senang untuk kita cinta anak isteri dari cinta Tuhan. Bukan senang untuk rasa bertuhan. Bukan senang untuk bawa rasa bertuhan ke mana-mana. Bukan senang hendak bawa rasa bertuhan kalau tidak dididik dari tadika lagi. Kecualilah bagi orang yang Tuhan hendak anugerahkan rasa bertuhan itu. Tetapi berapa ramai orang yang begitu?
Bukan senang hendak terasa hebatnya Tuhan dan rasa diri kita tidak berguna. Waktu sembahyang, untuk hati kita tersentuh dengan apa yang kita baca sehingga bergelombang hati kita tidaklah mudah. Bila disebut Allahu Akbar, ada sejenis rasa, bila disebutAlhamdulillah, ada satu rasa lagi. Berbagai ayat yang kita baca, berubah-ubah rasa kita. Ini bukan mudah. Soal lafaz lain. Soal rasa pula lain. Sedangkan 10% taqwa itu dari ibadah lahir manakala 90% adalah dari ibadah batiniah yang seperti ini yang ada rasa.
Tidak salah jadi orang kaya tetapi bukan mudah untuk tidak cinta harta dan kekayaan kita itu. Padahal Tuhan benarkan kita jadi kaya, hanya Tuhan tidak benarkan kita mencintai kekayaan kita itu. Mudahkah untuk rasa malu dan rasa tidak layak? Sepa­tutnya bila dapat jawatan, kita rasa malu dan menangis kerana rasa tidak layak dan takut kita akan lupa diri dan tidak pandai bersyukur. Kerana kita tahu bahawa hakikatnya, jawatan itu dari Tuhan. Tetapi sebaliknya kita rasa bangga dan rasa jadi tuan.
Kalaulah Tuhan hendak jadikan kita baik atau berilmu atau kaya, itu semua hak Tuhan. Tetapi kita dilarang lupa diri dan rasa diri kita baik atau berilmu atau kaya. Sepatutnya kita rasa malu dan tidak layak untuk semua itu. Katalah orang beri kita sebuah kereta Mercedes. Adakah depan orang yang memberi itu kita akan menunjuk-nunjuk dengan rasa megah, sombong dan seronok? Kalau kita rasa tidak layak, kita akan rasa malu, rendah diri dan tidak tentu arah di depan orang yang memberi itu.
Sebab itulah agama ini mesti bermula dari tadika. Dan hendak mendapat perasaan itu mestilah dari didikan sejak kecil. Bahkan kalau betul-betul hendak dapat taqwa, mesti sejak dalam kandungan ibu lagi. Ibu ayah mesti bertaqwa sebab perangai ibu dan ayah memberi kesan kepada anak dari waktu belum lahir lagi.
Dalam mengusahakan taqwa ini, yang luar kena buat tetapi prioritynya ialah yang dalam. Jadi mengamalkan amalan Islam dengan tujuan hendak menjadi orang bertaqwa, yang lahir 10% sahaja, yang dalam 90%. Yang luar walaupun hebat, kalau yang dalam tidak ada, kita akan masuk Neraka sekiranya Tuhan tidak ampunkan kita.
Kalau Tuhan hendak menolong kita atas dasar lahiriah, Tuhan akan tolong setakat 10% sahaja. Tetapi atas dasar ba­tiniah, 90%. Tetapi yang kita lihat, dalam hendak membangun­kan ekonomi contohnya, soal lahir kita jaga sangat tetapi soal taqwa kita tidak jaga. Kita bermesyuarat dan kita usahakan macam mana hendak cari duit untuk buat modal, macam mana hendak cari dan latih tenaga dan sebagainya. Katalah yang lahir ini kita memang mahir dan bijak tetapi ianya hanya 10% sahaja dari bantuan Tuhan. Sebab di situ bukanline orang Islam. Itu line untuk orang kafir.
Orang kafir ada skim lain untuk dapat bantuan. Kalau dia usahakan maksimumnya yang lahir, dia akan dapat 90%. Tetapi bagi orang Islam yang lahir Tuhan peruntukkan 10% sahaja. Itu kalau tidak dicabar dan digugat oleh Jepun, Yahudi, Korea, Amerika dan lain-lain. Kalau dicabar, mungkin tinggal 1% sahaja. Kita ada gelanggang sendiri yang tidak diperolehi oleh orang kafir. Gelanggang orang kafir, kita dapat 10% tetapi gelanggang kita 1% pun orang kafir tidak dapat. Dari gelanggang kita, kita boleh dapat lagi 90% iaitu dengan kita bertaqwa. Kalau kita tahu hal ini, kita boleh cabar orang kafir. Sebab itu apabila Rasulullah berjaya menanam yang luar dan yang batin pada para Sahabat yang asalnya hanya tahu menternak kambing dan tidak tahu membaca, dalam masa 23 tahun sahaja Islam jadi empayar. Kalau Rasulullah ada di waktu ini, mungkin dalam tempoh 3 tahun sahaja, Islam boleh jadi empayar.
Rasulullah mengambil masa tiga belas tahun di Mekah untuk menanam iman dan taqwa di hati para Sahabat. Selama sepuluh tahun kemudian, barulah baginda memulakan pembangunan negara Islam kecil yakni Madinah. Dibangunkan madrasah yang menjadi kilang untuk mengeluarkan para ilmuan yang bertaqwa sebagai penyambung dan pelapis perjuangan. Dibangunkan ekonomi dengan membuka pasar Ansar yang diuruskan oleh Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu ber­kembang dan terus membesar hingga akhirnya tiga perempat dunia menyerah diri kepada Islam. Semua itu bertolak dari taqwa.
Itulah cara perjuangan Islam yang dibuat oleh Rasulullah. Dan itulah satu-satunya cara yang benar dan tepat. Kenapa kita tidak mahu mencontohinya? Kenapa kita ada pandangan lain yang menyimpang dari apa yang dibuat oleh Rasulullah?
KESAN BEKERJA DENGAN TAQWA
Bila berniaga kerana hendak untung, kalau rugi, menderita, sedih, hilang semangat dan tidak bermaya. Padahal kalau berniaga ada roh, rugi pun tidak mengapa sebab dapat sifat taqwa. Itu yang utama. Itu pun niat kita asalnya. Mungkin di kedai, Tuhan rugikan kita tetapi Tuhan untungkan kita di tempat lain. Tuhan kata siapa yang bertaqwa akan dapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Jadi walaupun rugi berniaga, yang penting dalam berniaga ada roh, ada nyawa dan ada peng­hayatan. Jadi perniagaan yang hidup yang bukan bangkai ialah perniagaan yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalaupun kita rugi, kita tidak bimbang. Tuhan akan datangkan untung dari sumber yang lain yang tidak diduga.
Syariat yang kita bangunkan itu, dari yang asas hingga yang tambahan, hendak dibagikan roh memang susah. Kalau boleh bagi roh, seronok. Kita bukan hendak fikir untuk dapat untung, tetapi untuk dapat taqwa. Kalau dapat taqwa, rugi pun tidak mengapa. Di sini kita berkerja dengan jiwa yang hidup. Kita tidak akan bimbang, takut atau jemu. Kita tidak rasa rugi atau susah hati. Kita akan rasa seronok dan terhibur sebab dapat taqwa. Taqwa ini untung yang besar yang hendak kita bawa sebagai bekalan di Akhirat.
Kalau kita bekerja, walaupun ia memenuhi syariat, tetapi diniatkan untuk dapat dunia, sama ada untuk dapat untung, puji-pujian, glamour, pangkat atau lain-lain, maka kita telah membunuh roh amalan kita. Kita tidak lagi bekerja untuk Tuhan atau untuk mendapat taqwa. Bila rugi, kita kecewa. Bila banyak cabaran, kita cemas, letih dan mudah marah. Tetapi kalau kita niatkan untuk mendapat taqwa, kita akan sedar bahawa di atas keletihan, kesusahan dan rasa cemas itulah kita akan dapat taqwa. Kita akan terhibur. Yang letih itu hanya fizikal kita. Roh kita sentiasa hidup dan sentiasa gembira.
Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Kadang-kadang sepuluh atau dua puluh tahun bermusafir, baru balik. Belanja usaha sendiri. Naik unta atau kadang-kadang berjalan kaki dari satu kota ke kota lain. Dari satu negeri ke negeri lain. Tinggal isteri dan keluarga. Ada yang keluar berjuang ketika isteri sedang mengandung. Bila balik, anak sudah muda remaja hingga dia pun tidak kenal.
Sekarang kita senang berdakwah. Dewan cantik, kerusi cantik, kenderaan cantik dan jalan cantik. Dulu mana ada de-wan. Kalau tengok orang sedang perah susu kambing, dia didatangi. Orang berjalan dipanggil. Diceritakan tentang agama dan tentang Tuhan. Memang susah. Tetapi seronok sebab jiwa hidup. Orang dulu terhibur sebab akan dapat sifat taqwa. Kalau sekarang tidak larat. Sekarang berdakwah kerana hendak nama, hendak duit dan glamour. Kalau orang kritik atau yang datang mendengar tidak ramai, maka tidak seronok. Jadi lemah dan hilang semangat. Kadang-kadang marah. Kali kedua tidak da­tang lagi. Hati berkata, “Tidak ramai orang datang, tidak cukup orang hendak puji aku, buat apa datang.”
Tetapi kalau kita fikir hendak tambah sifat taqwa, kita akan terhibur untuk sampaikan ajaran Tuhan walaupun yang men­dengar hanya bilangan jari sebab kita tetap akan dapat menam­bah taqwa. Malahan lebih mudah untuk kita menjaga hati su­paya tidak rosak dan merasa bangga. Tetapi bila fikir hendak duit, fikir hendak nama, hilang semangat. Ertinya dakwah dan jihad yang dibuat adalah dakwah dan jihad bangkai. Jadi faktor taqwa adalah faktor dalaman.
Betullah kata Tuhan melalui Hadis Rasulullah SAW:Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat lahir kamu tetapi Tuhan melihat hati kamu dan amalan kamu.”
Lahir hanya 10%, itu pun kalau dibuat dengan sempurna. Kalau tidak sempurna, mungkin dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang roh ibadah. Sebab itu dalam ajaran Islam ini, diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, itu diam yang sia-sia.
Kalau nampak diam tetapi ada roh, iaitu kita sedang fikir tentang dosa, kita fikirkan kuliah, kita fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa, maka diam itu diam taqwa. Paling tidak kita niat, aku diamlah sebab cakap banyak nanti banyak salah. Banyak salah banyak dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Maka diam itu jadi amalan taqwa. Indahnya hidup dengan Tuhan.
Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, gagal pun tidak apa, tetap seronok dan indah. Sebab kejayaan bukan matlamat. Mat­lamatnya adalah untuk menambah sifat taqwa. Kalau kita fikir hendak untung atau hendak orang terima kita, kalau tidak un­tung dan orang tidak terima kita maka kita hilang semangat. Kalau kita fikir hendak menambah sifat taqwa, apa jadi pun tidak ada masalah. Kita tetap rasa puas. Di situ ada kemanisan dan keindahan.
ROH AMAL
Islam itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit dan ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan rohul amal. Iaitu roh dalam kita bekerja, roh dalam kita ber­tindak atau roh dalam kita melaksanakan sesuatu, sama ada dalam bidang ibadah, ekonomi, pembangunan, pertanian, ke­sihatan dan lain-lain.
Roh amal inilah yang hendak kita jaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa bagi amalan kita di samping kita tidak pula menafikan amalan atau syariat lahir. Roh amal inilah tempat jatuh pandangan Allah kerana ia merupakan intipati amal. Itulah perkara yang Allah nilai. Allah tidak pandang amalan lahir kita kalau rohnya tidak ada. Justeru itu, kita ber­ibadah mesti ada roh. Berdakwah dan berjihad, mesti ada roh. Begitu juga bermusafir, bergaul, berdoa, berzikir, berekonomi, bertani dan sebagainya mesti ada roh.
Amalan yang tidak ada roh samalah seperti manusia yang tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap bangkai. Ratu cantik sekalipun, kalau sudah tidak bernyawa, dia tidak dikagumi atau diminati lagi.
MENGHADIRKAN ROH DALAM AMALAN
Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak-tanduk kita dan dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu. Akhirnya bila berniaga, nampak untung dan nampak duit sahaja. Lebih-lebih lagi bila dapat untung banyak, kita lupa hendak menghadirkan roh. Duit sahaja yang kita nam­pak. Begitu juga dengan usaha dan aktiviti kita yang lain. Sebab itu kalau ada orang buka kedai, jangan tanya dapat untung atau tidak hari ini. Tanyakan, “Agak-agak hari ini dapat taqwa atau tidak? Mudah-mudahan dapatlah.” Atau tanyakan, “Apa rasa awak dalam berniaga hari ini?” Kalau dia kata seronok sebab dapat banyak untung, dia sudah salah maksud dan niat. Kita kena betulkan.
Tanyakan juga, “Awak gembira atau tidak melayan orang? Kalau orang hendak berhutang, awak rasa bangga atau tidak da­pat beri hutang seolah-olah rasa sudah menyelamatkan orang.”
Kalau dia jawab ya, katakan, “Alhamdulillah, moga-moga awak selamat. Jaga selalu untung yang bersifat taqwa ini.”
Sebab itu selepas sembahyang, selepas buat baik, kita disuruh istighfar? Mengapa? Kalau selepas buat jahat kita disuruh istighfar lojiklah. Kenapa pula kita disuruh istighfar selepas membuat kerja baik? Sebab takut-takut kita tidak dapat taqwa dalam sembahyang atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu. Takut-takut dalam amalan kita itu tidak ada rohnya dan Tuhan tidak pandang.
Mengapa pula selepas berdakwah, selepas mengajar, selepas berniaga, kita tidak istighfar? Mengapa selepas berniaga kita tidak menung sekejap. Patutnya balik sahaja dari berniaga kena menungkan apa yang telah kita buat dan bertaubat. Sebab mungkin berniaga kita tidak ada roh. Hanya dapat bangkai sahaja. Patutnya di situlah kita minta ampun sebab mungkin ada orang yang telah kita zalimi, yang telah kita sakiti, yang tidak senang dan yang sakit hati dengan kita semasa kita berniaga dan berurusan dengan pelanggan. Mengapa balik berniaga tidak minta ampun kepada Tuhan?
Kalau kita boleh buat seperti ini, Tuhan akan selamatkan kita. Sifat taqwa akan bertambah. Untung di dunia lagi Tuhan akan bagi. Memang sifat taqwa itu untuk Akhirat, tetapi taqwa juga memberi kita untung dunia untuk keperluan di dunia.
Perniagaan kapitalis, mengutamakan duit. Dari duit dapat duit. Modal duit untung pun duit. Perniagaan Islam meng­utamakan taqwa. Dari taqwa dapat taqwa. Taqwa lebih besar daripada duit. Ia membawa kebahagiaan dunia Akhirat. Ia sela­mat dan menyelamatkan. Tetapi janganlah pula sampai disiplin syariat itu diabaikan.

Tuesday, 10 April 2012

Besyukurlah....



Assalammualaikum... 

Apa itu Pengorbanan? Kadang2 kita khilaf dan kita susah nak menghargai pengorbanan orang lain untuk kita kan... :") Lagi2 untuk  orang yang kita sayang.. sehingga kan kita sendiri tak menghargai diri kita sepertimana kita menghargai orang lain...  Kadang2 kita sanggup tahan mata untuk tido, semata-mata untuk tunggu panggilan atau mesej dari orang yang kita sayang.. Kadang2 kita terlalu sibuk untuk membahagiakan orang lain sampaikan kita lupa dan kita langsung tak pernah fikir tentang diri kita sendiri.. kesihatan kita sendiri pon tak terjaga disebabkan terlalu mementingkan kebahagiaan orang lain kan... Subhanallah, terlalu besar erti suatu pengorbanan tu :)

Tapi, pernah tak kita fikir yang kita pun akan dihargai sedemikian??  Belum pasti lagi orang yang kita sayang akan berbuat sedemikian...????
Sanggup ke dia menahan mata semata-mata untuk meluangkan masa dengan kita??
Agak-agaknya hanya 9/100 je yang sanggup membuat sedemikian kan... :)
Ada lelaki dia terlalu menginginkan kesempurnaan, sedangkan dia tidak tahu menghargai apa yang ada di depan matanya.. dan dia tidak pernah besyukur dengan apa yang Allah telah berikan.... :) subhanallah, bertapa khilafnya kita sebagai seorang manusia kan....Sedangkan cinta sesama manusia pon kadang2 kita selalu menyakiti hatinya apatah lagi dengan Allah.. adakah kita dah menjalankan dengan sempurna segala perintah allah?? Adakah kita dah cukup mencintainya?? Jangan hanya terlalu memikirkan hati seseorang yang belum tentu menjadi milik kita, kalau kita masih belum menjaga ikatan kita dengan Allah...Lebih baik kita mencintai Allah.. Kerana Allah tidak pernah meninggalkan umatnya, Kalau cinta kepada manusia, mereka mungkin akan meninggalkan kita... Itulah bezanya... :) 

Allah memberikan kita peluang untuk berada di dunia ini, bukan hanya untuk menikmati dunia sahaja, Bahkan allah menyuruh kita agar sentiasa bersujud kepadanya, dan melaksanakan segala perintahnya, Itulah Cinta yang hakiki...Bagaimana kita hendak meraih Redha Allah?? Hanya dengan cara mendekatkan diri kita kepadanya dan besyukurlah dengan apa sahaja dugaan atau ujian yang allah telah berikan.. jangan terlalu mencari kesempurnaan kepada seseorang itu, Kerana kita belum tentu sempurna dimata Allah... :) Kadang-kadang kita tidak tahu disebalik setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya, ada maknanya tesendiri, Cuma kita sedar dengan tak sahaja... Janganlah kita terlalu takbur dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang, Jika kita memiliki kekayaan janganlah kita sombong, Kerana allah hanya memberi pinjaman kepada kita, Jika kita kita memiliki kecantikan, janganlah kita memperlekehkan orang lain, Kerana itu akan dimamah usia...Jika kita memiliki Hati yang tidak baik dan selalu beburuk sangka dengan sesama manusia dan allah, Maka buangkanlah rasa itu... Kerana itu adalah penyakit hati... :)

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku ini, kau bimbinglah aku agar sentiasa ke jalan mu ya allah.. aku manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan ya allah.. manusia yang khilaf, kau terimalah segala taubat umatmu ya allah.. amin...Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan allah... 

bye,
salam "alaik...




Monday, 9 April 2012

F. r . I. e. N. d. S & L.o.V.e



Assalammualaikum...
Haiii korang... sehat tak? lamanya tak update blog.... macam dah bersawang2 blog ni kan... hihi :) hurmm.... Rindu kita tak?? hihi :) Ok now entry hari ni beceritakan tentang " Kawan" apa itu kawan dan apa itu persahabatan?? Is that something important or not, but for me so important.... Depend kepada someone tu nak amik insetive or tak tentang persahabatan ni :) Until Now, aku still berkawan dengan sahabat2 aku.. start standart six lagi tau... bak kata orang dah macam adik - beradik dah kami ni... but nOw dia dah jadi tunang orang daaa... :) sob sob :") Kami memang rapat but " We are not Lesbian " Ok !!!!! hihihi ... Nama dia Nurasyiah Hamdan, Nazratul hafiza, Shuhada Shukor, Nurartika Romli and Mohd Shahrill :) hurmmmm sayang kat korang ni ketat2.. Harap sangat persahabatan ni kekal sampai bila2... Tak salah kalau kita saling menyayangi sesama manusia.... hihihi :) doakan yang terbaik ya ...Amin..


Apa Itu Erti Persahabatan??
Persahabatan ialah sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Ramai dari kalangan remaja pada hari ini, melihat "persahabatan" itu sebagai sebuah perkara penting yang melibatkan "kepercayaan","perhatian", Kasih sayang","komitmen","Pegorbanan","pemberian","penerimaan". Semua itu pastinya membuat mereka mengambil masa yang terhad untuk membuat keputusan secara pribadi atau menerima pendapat dari sahabat karib.
Namun dari semua itu, perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk mengadakan perhubungan "persahabatan" ialah MEMILIH SAHABAT yang benar-benar memiliki apa yang layaknya sebagai seorang sahabat sejati,
Dengan itu, persahabat sejati memerlukan seseorang individu itu untuk memiliki "Kejujuran", Kesetiaan", Keikhasan", "Pengorbanan" "Kasih Sayang", dan "Pengertian" terhadap apa yang mereka lakukan bersama atau untuk diberkan kepada sahabat karib...



 Nurasyiah Hamdan... sayang ko....



Nazratul Hafiza.... Mwahhhhhh....



 Nurartika & Shuhada..... :) Xoxox0



 Apa Itu Erti Cinta ??
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

 Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

 Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

 Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

 Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

 Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


 Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

 “Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -


Tuesday, 3 April 2012

cupcake 2012..



Assalammualaikum...

Nak kata aku ni rajin tak la sangat, kadang2 bangun pon dah mencecah 10.30pagi, kadang2 sampai tejerit- jerit mummy aku kejut.. hahaha :D kejut suruh bangun, pelbagai perkataan yang enak aku dengar.. hahahahha... hurmmmm, mummy kata bangun lambat2 nanti jodoh lambat.. ish3 jangan-jangan.... :)) OK, now straight to the point ok sayang2ku semua... semalam aku mimpi jumpa encik tett dalam mimpi aku.. hahaha... tetiba lak aku rasa nak try buat something special untuk dia.. tak tahu la dia suka ke tak? kalau suka, Kasi angguk u punya kepala... hahahaha.... kalau tak suka tutup muka... hihihi.. terasa macam nak buat cupcake untuk dia.. bila lagi nak belajar semua ni... sanggup balik keje awal semata-mata nak try buat cupcake... :) Hurmmm ok...jom belajar memasak bersama Chef Farah Queen... hahahaha... queen la sangat kan... ;p


Ok, now kena lah siapkan bahan2nya dulu ok.. kalau xda bahan macam mana nak buat kan... ,

bahan2nya adalah :

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan serbuk vanilla
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam white chocolate

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan white chocolate.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat...
lagi satu kalau korang nak cantikkan dia lagi boleh la letak white creams.. :)
lagi sedap rasanya.. bagi yang suka la...


Ok, aku tak lah terer sangat macam orang yang dah pro..ini pon banyak belajar daripada my sis, sebab akak aku kan chef.. tiba2 rasa macam nak belajar memasak la, itu la ini la... auwwww....;) lain macam je kan... hahahahaha..... Ok nak tengok tak cupcake yang dah siap... hancurrr berkecaii jadinya... hahahahahaha.....




















Not For sale Ok... hihihi
sekian, terima kasih... :) 
Salam alaik'....

Friday, 23 March 2012

Wanita Solehah Itu Bidadari Syurga



Assalammualaikum.. :)




Ketika cinta datang dalam hatimu engkau dapat tersenyum meski hatimu terluka,Bahkan engkau menangis meski hatimu bahagia, Engkau menjadi terlena dalam merdunya nyanyian cinta, Karena engkau yakin cinta ada dalam hatimu.

Ketika pena cinta melukis dalam hatimu,Ia mampu memainkan warna diatas kanvas bahagia dan sedih, Melukisnya dengan sakit hati, cemburu,iri dan rindu,Namun hatimu tetap mengharapkannya,Itulah warna-warni indahnya lukisan cinta.

Ketika cinta telah datang dalam hatimu, Ia mampu memerahkan hati dan membutakan matamu, Menutup mata hatimu, membawamu melayang sesaat di dunia, Dan engkau tidak beranjak dipeluk merdunya angin bahagia semu, Melukis di kanvas kemewahan duniawi, mengejar kesuksesan hampa, Menguasai sisi gelap mata hatimu dengan kemegahannya, Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsu materi.

Dari mana sesungguhnya datangnya cinta ?

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia, Ditulis-Nya ketika mencipta makhluk-makhluk-NYA di atas Arsy, Membawa ketulusan hati mengalahkan amarah, Meredam benci, mengubur iri dan dengki, Menuju kepatuhan dan pengabdian kepada Allah dan RasulNYA.

Saat pena cinta Illahi telah melukis hatimu, Satu jam mengagungkan asma-Nya, serasa satu menit saja, Setiap hentakan nafasmu adalah memuliakan nama-Nya, Cahaya cintaNya menjadi lentera bagi mata hatimu, Membawa ketundukan dan pengabdian tulus kepadaNYA, Menelusuri dan meneladani jalan para Rasul-NYA.

Namun saat api cinta Illahi dipadamkan oleh dorongan ego dan nafsumu, Alirannya memekatkan darahmu, membutakan mata hatimu dari kebenaran, Membawamu pada jalan kesesatan dan kerendahan.

Belajarlah cinta Illahi yang telah diajarkan Allah,Melalui alam semesta dengan kepatuhannya,Melalui thawafnya gugusan bintang, bulan dan matahari pada orbitnya, Yang tak pernah sedetikpun mau bergeser dari poros ketundukannya, Membawa keharmonisan yang berujung pada keabadian.

Belajarlah cinta Illahi yang telah diajarkan Allah, Karena disaat engkau merasakan agungnya cinta Illahi dalam dirimu, Engkau dapat mengubur perasaan iri,dengki dan amarah dalam dirimu, Menggantinya dengan perasaan empati bagi sesamamu,Mengalirkannya melalui kebaikan demi kebaikan bagi sesamamu.

Cintamu dapat merangkulmu dalam ketulusan ibadah kepadaNYA, Menjadi media amaliyah dalam ketundukan tulus pengabdian kepadaNYA,Menjadi penuntun kepatuhan pada ajaran para Rasul-Nya,Mewarnai kedamaian,kebahagiaan dan kekayaan jiwamu.

Belajarlah cinta yang telah diajarkan Allah, Karena Allah adalah kekasihmu yang abadi, DenganNya engkau akan merasakan kedamaian hati, Dengan cintaNYA engkau akan merasakan kebahagiaan sejati.

Belajarlah mencintai Allah setulusnya, maka Allahpun akan mencintaimu, Belajarlah hanya mengarahkan hatimu kepadaNya, maka Allahpun akan membimbingmu, Karena Allah adalah sumber cinta yang agung dan abadi, Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki. 

Thursday, 22 March 2012

Ujian Itu Keuntungan..



Assalammualaikum :)




Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya,  namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah.
Setiap manusia mahu mendapatkan yang terbaik untuk hidup mereka. Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam perjuangan.
Apakah perjuangan yang dimaksudkan?


Perjuangan itu begitu luas konsep dan maknanya, apatah lagi perjuangan adalah matlamat yang tersemat di hati para syuhada yang inginkan syahid dalam setiap pekara yang dilakukan. Meskipun begitu, menuntut ilmu juga ialah perjuangan yang perlu dipikul oleh setiap manusia yang  bergelar pelajar. Tidak kiralah seseorang itu adalah pelajar sekolah rendah ,menengah atau sudah begelar mahasiswa sekalipun. Semua itu adalah termasuk dalam golongan orang yang sedang berjuang mencari martabat ilmu dan pastinya ia mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah.
Tewas sebelum berjuang?
Di alam mahasiswa khususnya , tidak ramai yang benar-benar mencapai kejayaan yang sebenar. Setiap pejuang yang begelar mahasiswa akan diuji sepenuhnya dalam liku-liku perjalanannya sepanjang menuntut ilmu. Ujian yang datang dari Allah itu akan hadir dalam belbagai-bagai bentuk ujian antaranya ialah diuji dengan kesempitan wang di universiti, diuji dengan bebanan tugasan yang banyak, diuji dengan hati yang lalai kepada cinta ,ada juga yang diuji dengan kesakitan, kematian insan tersayang dan pelbagai lagi bentuk ujian yang diturunkan Allah kepada  hamba-hambaNya.
Setiap insan yang diuji  oleh Allah dengan ujian-ujian tadi selalunya akan merungut, berputus asa malah ada yang mengambil jalan mudah dan singkat bagi menghadapi setiap ujian tadi dengan perkara yang dilarang syarak. Kekurangan wang misalnnya membuatkan seorang mahasiswa yang tidak berfikir panjang medapatkan wang dengan cara yang mudah dan singkat seperti menipu , melabur wang ke dalam pelaburan yang haram dan ada juga yang mengambil jalan pintas dengan sanggup mengorbankan diri menjadi pemuas nafsu kepada manusia-manusia yang kering kontang iman dan ketaqwaannya. Contoh manusia seperti inilah yang dikatakan tewas sebelum berjuang biarpun di atas pentas konvokesyen nanti gred yang diperolehi mendapat anugerah dari pihak universiti. Semua itu bukan lagi bermakna dan dianggap kejayaan kerana manusia seperti ini sudah pun tewas di pertengahan jalan perjuangannya.
Mengapa aku diuji?
" arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.."
Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban  kepada hidup mereka. Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha mengatahui mengapa ujian itu diberikan.
Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan , matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat, ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain. Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat.
Pimpinlah Daku
"Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang orang yang beruntung" Surah Al-Baqarah 2:5
Hayatilah ayat diatas tadi, sesungguhnya janji Allah adalah benar-benar belaka dan tiada dusta. Allah menjanjikan buat hamba-hambanya yang beramal soleh dengan keuntungan yang tiada nilainya di bumi ini.
Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu dalam menuntut ilmu.
Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita, kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza.  Hanya masa dan takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang atau sebaliknya. Renungkan...